Terms & Conditions

Sila baca terma dan syarat sebelum membuat tempahan. Dengan membuat pembayaran, pelanggan dianggap telah bersetuju dengan semua terma yang ditetapkan.

1. Tempahan & Pembayaran
Tempahan hanya akan disahkan selepas full payment diterima.
Sila hantarkan bukti pembayaran ke Whatsapp 0168011174 untuk pengesahan tempahan.
Harga yang dipaparkan di website adalah harga kek sahaja dan tidak termasuk caj penghantaran / postage.
Untuk mendapatkan anggaran jumlah caj penghantaran / postage, sila hubungi kami melalui Whatsapp 0168011174.

2. Tempoh tempahan
Bagi memastikan setiap kek dapat disediakan dengan kualiti terbaik:

Kek batik indulgence dan kek batik ganache:
Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal sebelum tarikh diperlukan.

Kek batik classic, kek batik almond dan kek butter:
Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 hari lebih awal sebelum tarikh diperlukan.
Tempahan last minute mungkin boleh dipertimbangkan bergantung kepada:
Ketersediaan stock bahan mentah.
Kapasiti tempahan semasa.
Persetujuan daripada pihak Anne Wahid.
Sila hubungi Whatsapp 0168011174 untuk semakan ketersediaan sebelum membuat tempahan last minute.

3. Self-pick up & customer arranged delivery
Self pick up hanya tersedia untuk tempahan yang telah disahkan.
Lokasi pick-up akan diberikan selepas bayaran penuh diterima dan masa pengambilan telah dipersetujui bersama.
Pelanggan diminta mengambil kek mengikut masa pick-up yang telah ditetapkan bagi memastikan kualiti dan keadaan kek terjaga.
Pelanggan juga boleh mengatur sendiri perkhidmatan penghantaran pihak ketiga (Grab Express / Lalamove) untuk mengambil kek daripada lokasi pick-up.
Pelanggan bertanggungjawab untuk membuat tempahan dan pembayaran terus kepada pihak penghantar yang dipilih.
Setelah kek diserahkan kepada pihak penghantar yang dilantik oleh pelanggan, sebarang kelewatan, kerosakan atau perubahan keadaan kek semas proses penghantaran adalah di bawah tanggungjawab pihak penghantar dan pelanggan.

4. Kek batik indulgence dan kek batik ganache
Hanya tersedia untuk:
Self pick up
Delivery menggunakan Grab Express / Lalamove sahaja
Caj penghantaran adalah ditanggung oleh pelanggan.
Sila Whatsapp 0168011174 untuk mendapatkan alamat lengkap untuk semakan kadar penghantaran.

Penghantaran mengikut saiz kek:
Whole cake – Penghantaran menggunakan Grab Express (Car) / Lalamove (Car) bagi memastikan kek lebih selamat semasa perjalanan.
Petite size – Penghantaran boleh menggunakan Grab Express (Rider) / Lalamove (Rider).

5. Kek batik almond dan kek batik classic
Boleh dipos ke seluruh Malaysia.
Penghantaran dibuat menggukan perkhidmatan currier yang bersesuaian.
Caj postage adalah ditanggung oleh pelanggan.

6. Kek butter
Hanya b oleh dipos ke Semenanjung Malaysia sahaja.
Penghantaran menggunakan perkhidmatan J&T currier.
Caj postage adalah ditanggung oleh pelanggan.

7. Penghantaran dan risiko penghantaran
Kami boleh membantu untuk membuat semakan kadar penghantaran berdasarkan alamat yang diberikan.
Masa penghantaran adalah tertakluk kepada pihak Grab Express / Lalamove / courier.
Anne Wahid tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan, kerosakan atau perubahan keadaan produk yang berpunca daripada pihak ketiga.

8. Handmade product disclaimer
Setiap kek Anne Wahid dibuat secara handmade dengan penuh perhatian dan teliti. 
Oleh kerana setiap kek dihasilkan secara manual, mungkin terdapat sedikit perbezaan dari segi kekemasan, bentuk dan dekorasi berbanding gambar rujukan.
Perbezaan kecil ini tidak menjejaskan rasa, kualiti dan pengalaman menikmati kek.

9. Perubahan tempahan
Sebarang perubahan pada tempahan perlu dimaklumkan secepat mungkin dan tertakluk kepada status persediaan kek.
Tempahan yang telah diproses mungkin tidak boleh diubah atau dibatalkan.

Terima kasih kerana memilih Anne Wahid.
Kami menghargai setiap tempahan dan komitmen kami adalah untuk menghasilkan kek dengan kualiti terbaik.